Tuesday, March 24, 2009

Hari yang cemerlang terbilang dan gemilang

Oh…hari yang hebat untuk aku…sangat hebat…

1. Pukul 8.30, isnin malam masak mee goreng untuk papa yang terchenta…melukakan diri sendiri… dengan memasukkan jari dlm sepit kuih..em pastu main tarik jer…pe lagi memancut lah darah aku…huhu…hebat…menetes air mata aku…sakit nyer…so papa lah amik alih dapur..tak cukup ngan tu jari aku dah start bengkak…menetes lagi air mata aku…sakit…em papa cakap “ sabarlah sayang itu luka kasih sayang tu…masak mee goreng untuk papa..kemudian papa kiss luka tu “ huhu lega sikit …aisehhhmen…so papa basuh pingan..papa kemaskan dapur..huhu..

2. pagi selasa…jilaka…phone alarm tak bunyi…aduhhh…so dah terlambat nih…

3. bersiap nak pergi kerja..baru kuar rumah..hujan dah turun…lebatnyer…so kami naik kereta la pergi kerja…

4. on da way nak pergi ke kereta ..hujan turun punyer la lebat…em sampai kat kereta dah lencun..huhu…tengah terkocoh kocoh nak masuk kereta..aku tutup pintu kereta,,,jari aku yang luka tu tersepit…adoiiiiiii laaaa…menjerit dlm hati jer…aku duduk dlm kereta sambil peluk payung tu kuat kuat…air mata aku menetes lagi…aku toleh perlahan lahan pada papa sebelah…sakit tak terkata, air mata menetes laju dan muka yang tak tahu nak bg expression ape…papa ckp “janganlah nangis sayang hujan sikit jer nih “…aku jawab “em iyer la papa “…

5. masalah lain ..ade kereta block kereta papa aku kat depan..huhu..nak tak nak terpaksa la papa tolak kereta kat depan tu dlm hujan…emmmmm

6. pastu da berjalan kereta..so aku ingat da selamat la..kecuali rasa tak selesa baju aku basah lencun..huhu

7. hujan lebat gila…jalan pun tak nampak… on da way nak menuruni bukit ..kami tak perasan air dah naik..sekelip mata sahaja air naik…huhu..kereta dah sedikit tenggelam..harung jugak..hati rase dah tak sedap..lepas jer harung banjir..tetibe jer kereta terbehenti…betul betul tepi jalan..adoi la…dah le jln sibuk..hhuhu..hujan lebat pulak tu

8.nak keluar pun tak boleh..perut tetibe jer memulas..dammit…huhu..mane aku nak lepas…hujan lebat…kuar tak boleh…tahan jer la sampai hijo muka…kol bos half day ari ni…dah tebal muka dah dengan bos…huhu …

 9. hujan dah slow sikit..papa kuar cari pomen berdekatan…em pastu papa balik..em kenape? Aku Tanya tengok muka die berkerut panjang…papa cakap kedai pomen pun banjir…macam mane nak tolong kite..kereta sekitar die pun abis tenggelam…emm adoi …nak kol org, semua pun kerja…hujan….ape nak buat… dok dlm kete je la tgu hujan teduh..sakit perut pun dah hilang…

10. last last kol adik..adik bg number telepon pomen…tgu pomen dtang..adik ckp pomen tu dekat jer..kawasan kawasan situ jugak…em jadah ape dekat..punyer la jauh pomen tu datang..ulu klang sana…dah dekat dengan zoo …huhuh..siap sesat sesat lagi pomen tu datang…aduss…abis la duit terbang..perut dah le lapor…

11. huhu cek punyer cek..tak jugak baik..last last bawak kat workshop sane …emmm sempat gak aku nengok pintu depan zoo..dah baru…wahahaha..tak macam dulu…macam macam masalah timbul bile engine keta da masuk air nih…spare part mahal utk kereta ford…huhu..terpaksa msg bos balik…emergency leave pulak…huhuhuh….punyer la lama …sampai pukul tujuh tak settle lagi..kereta tinggal kat zoo ( I meant kat workshop tu la )

12.em balik pomen tu hantar kami balik…em duit da melayang banyak takkan la nak makan luar lagi kan…aku gagah kan masak lagi….masak ape..masak popia..dan roti telur..huuhu..

13. malam tu tak boleh tido pulak…jiran bawah rumah aku bergaduh pulak…bising gila..
 bergaduh ngan ah long….menakutkan..macam kat kawasan gangster hong kong pulak…menjerit – jerit…akhirnya aku berjaya tido…tapi terganggu…sebab sampai pagi ni…geng geng ah long tu masih memekak kat situ bergaduh - gaduh….ish ish…takut gila…

14.akhirnya aku datang kerja pagi nih..dengan tudung aku senget senget…pastu muka tak cukup tido…huhu …dan takde mood langsung nak kerja…huhuhuhuhhuu…sabar je la…
mintak – mintak hari nih ok jer sampai esok…huhu

No comments: