Monday, December 16, 2013

:(

tak payah nak salahkan orang, tak payah nak bodohkan orang, tak payah maki orang, tak payah nak tuduh orang, tengok diri kita, tengok salah kita, bila hal dunia lebih dari tuhan maha kaya, bila peraturan dunia tidak berlandaskan pada Allah yg satu, padan muka saya, padan muka kita semua, mahal rezeki semua, mahal semua rezeki rakyat Malaysia..bila panggilan sukan lebih dari panggilan azan di masjid, bila majlis konsert keraian lagi ramai jemaah dari jemaah mencari ilmu tuhan yang satu.

surah at-taubah ayat 24
image
Maksudnya;
“Katakanlah (wahai Muhammad):Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau pasangan) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan rugi, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksa); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
tunggulah dugaan apa lagi yang mendatang ya ALLAH..
ampunkanlah lah dosa ku , dosa seluruh umat islam semua.amin :’(
yang baik hanya dari Allah, yang buruk semua dari manusia itu sendiri
Wallahu a’lam

No comments: